Sunday, August 2, 2009

GMI pd 1/8/09



Mampus la mampus..ramainya kaki2 bodek najib yg menyampah itu pancutkan air terhadap aku, ade jgk byk anjing2 robotcop belaan BN ade bom pemedih mata la...mereka blh halo org ramai...tp tak dapat menanfi hakikat hasrat rakyat...

kita akn menang...kte akn menang.... pd mase tu, aku nk bom balik mereka cukup2....

huhu..mata aku dh tak tahan...menangis2...reformasi...larik....sorok...reformasi...

Wednesday, July 15, 2009

Kemenangan Tipis di Manek Urai


Selepas pilihanraya kecil Manek Urai, PAS diumumkan menang dengan majoriti kecil iaitu 65 undi.

Walaupun saya sambut keraian kemenangan di Manek Urai pada hari tersebut, namum saya tidak begitu teruja dengan hakikat kemenangan tipis ini.

Selepas PRU 2008, kami pakatan rakyat tidak pernah lagi menang tipis dalam satu jua pilihanraya kecil kerana sokongan daripada rakyat jelata. Akan tetapi, tak kan kerana impak Si najib tu baru naik boleh menyebabkan kita hya blh menang dalam tipis?

Saya tak mau pergi meneka pasal ape ini blh berlaku. ttapi saya harap semua pimpinan peringkat pusat harus meneliti fenomena ini.Kalo tak, usah lah kata nak dapatkan kerajaan pusat pada PRU 13, mungkin negeri yg kita pegang pn akan kalah jgk.

Wednesday, July 8, 2009

Muhyiddin memansuhkn PPSMI



Baru tadi, Muhyiddin dengan muka yang begitu bangga dan selamba telah mengumumkan bahawa PPSMI memang terbukti ada masalah dalam perlaksanaannya. Justeru itu, Kementerian Pendidikan akan memansuhkan perlaksanaan PPSMI ini pada tahun 2012.

Walau bagaimanapun, saya ada beberapa kemusykilan di sini:

1) Kenapa PPSMI ini hanya boleh dimansuhkan pada tahun 2012? Kalo sistem pendidikan ini terbukti mempunyai kepincangan, PPSMI haruslah dimansuhkan serta merta......adakah penangguhan ini mempunyai isu2 politik peribadi??

2) Kalo PPSMI hanya boleh dimansuhkan pada tahun 2012....berapa ramai lagi masa depan kanak2 negara kita akan terus terkorban dalam sistem pendidikan ini?

3) PPSMI telah dilaksanakan selama 6 tahun, dan sekarang baru Kementerian Pendidikan rasa ia tidak sesuai dan ada masalah. Itu bermaksud PPSMI tidak baik dan kanak2 yang pernah melalui sistem pendidikan sudah pun terkorban dalam matapelajaran sains dan matematik mereka. Murid2 yang tidak dapat keputusan yang baik dalam matapelajaran sains dan matematik kerana ia berbahasa Inggeris, jadi, boleh ke ibubapa mereka membuat saman terhadap KERAJAAN MALAYSIA kerana keputusan yang tidak wajar mereka buat itu?

Saya mencadang pihak yang prihatin dalam peristiwa ini perlu mendirikan satu jawatankuasa khas untuk kaji balik apa tindakan yang boleh kita ambik termasuk menbuat tuntutan terhadap KERAJAAN MALAYSIA atas pengorbanan anak2 yang pernah melalui PPSMI.

Monday, July 6, 2009

Pilihanraya Kecik Manek Urai


Saya dengan rakan seperjuangan baru balik dari Manek Urai baru tadi. Pagi tadi kami telah menyaksikan kekuatan jentera dan transformers PAS & Pakatan Rakyat di Manek Urai, Kelantan.

Sebaliknya, kami tengok balik jentera BN, itulah boleh mengira dengan jari dan ingatan aje la...sekeping gambar pun dah boleh ambik abis jenteranya. Kalo ikut calon yang berdaftar hari ini, mmg 1 lawan 1. Akan tetapi, kalo berbanding penyokong Pakatan Rakyat dan penyokong BN, 5 lawan 1 boleh jadi la.

Syukur melihat Tok guru Nik Aziz masih dalam keadaan yang sihat. Semoga beliau panjangnya umo dan sentiasa diberkatiNya.

Hmhm, berat juga saya nak tinggalkan Manek Urai ni.....oleh kerana sgt kejar masa, jadi tak lah dapat mengambil gambar....

Saya tunggu la hari mengundi mungkin akan saya turun ke sana sekali lagi (Insyallah)..

Lawan tetap lawan, Kita akan MENANG!!

Thursday, June 25, 2009

Lawan Tetap Lawan!!

Tsunami TRANSFORMER melanda Malaysia


Semalam saya baru abis menonton movie robot ni namanya Transformers.Movie yg sepanjang dua setengah jam ni mmg berbaloi walaupun sy telah beratur hampir setengah jam utk ticketnya.

Cerita ia mengenai pertempuran antara Autobot (watak baik) dan Deception (watak jahat). Selepas episod I yang mana kali pertama autobot menemui manusia di dunia untuk bekerjasama melawan deception. Kini, America Army Team telah mempunyai satu pasukan khas yang mana terdiri daripada Autobot dan American Army (manusia) untuk sama2 melawan deception.

Selepas American Army mempunyai pengalaman work together dengan Autobot, mereka telah menaruh harapan dan kepercayaan bahawa Autobot akan tolong mereka bebas daripada penindasan Deception.

Dalam pada itu, saya rase senario politik di Malaysia pada hari ni sgt similar dgn Transfomers yang mana selepas rakyat melihat keberkesanan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat, maka mereka telah sanggup bekerjasama dgn kerajaan PR ini utk menjatuhkan pentadbiran BN yg pincang.

Dalam Transformer juga ade menyindir kerajaan bahawa semua media utama telah dikawal ketat oleh kerajaan sampai byk maklumat benar tidak dapat disalurkan kepada rakyat dan rakyat hya blh menerima berita daripada internet.

Saya harap kalo betul2 ade transformers, harap lah mereka blh bekerjasama dengan kerajaan PR sama kita memperjuangkan keADILan, Kesaksamaan, dan Kebebasan.

Friday, June 19, 2009

KNP Najib dan Muhyiddin asyik sangat nie?

Walaupun Tok Guru Nik Aziz dah suruh semua pihak shut up tentang isu Kerajaan Perpaduan nie sehingga beliau mengarahkan supaya tim presiden PAS tu meletak jawatan supaya pergi ke umno.

Namun, nampaknya yg asyik itu bukan pihak Pas, tetapi pihak UMNO ler...baca surat kabo 2 3 hari ni, Najib cakap mengalu-alukan cadangan nasaruddin, Muhyiddin kata PAS perlu mempercepatkan join UMNO, Hishamuddin kata pandangkan positif cadangan Nasarruddin.. yang peliknya, kenapa mereka ni asyik sgt sgt sehingga mengatasi keasyikan PAS...

Sejak Kerajaan Pakatan Rakyat menang di 5 Negeri, rakyat Malaysia telah menerima cara pentadbiran Kerajaan PR ni yang lebih maju, terbuka dan bertamadun berbanding dengan BN yg rasuah tak abis2.

UMNO telah menyedari bahawa walaupun sekarang mereka masih memegang kerajaan pusat, akan tetapi, destini mereka dikuburkan tidak akn berubah pada pilihanraya yang akn datang.

Justeru itu, mrk mcm mnpn mesti mau dapatkan sokongan dp PAS seblm PRU berikutnya.

Malangnya, mereka tak tau bukan semua orang Melayu yang akan menyokong mereka. Dasar Ekonomi baru hanya diperkudakan untuk kekayaan konco2 umno dan bn. Bangsa Melayu hanya dapat dimanfaatkan secara menyeluruh di bawah Dasar Ekonomi yang diutarakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

Maka, saya menyeru supaya kawan2 sy dari pihak PAS jangan mudah terpengaruh oleh muslihat bn yang kian kelihatan. Kita sama2 usaha, dan kita nescaya dapat menjatuhkan BN di semua peringkat di PRU yang akan datang.