
Semalam saya baru abis menonton movie robot ni namanya Transformers.Movie yg sepanjang dua setengah jam ni mmg berbaloi walaupun sy telah beratur hampir setengah jam utk ticketnya.
Cerita ia mengenai pertempuran antara Autobot (watak baik) dan Deception (watak jahat). Selepas episod I yang mana kali pertama autobot menemui manusia di dunia untuk bekerjasama melawan deception. Kini, America Army Team telah mempunyai satu pasukan khas yang mana terdiri daripada Autobot dan American Army (manusia) untuk sama2 melawan deception.
Selepas American Army mempunyai pengalaman work together dengan Autobot, mereka telah menaruh harapan dan kepercayaan bahawa Autobot akan tolong mereka bebas daripada penindasan Deception.
Dalam pada itu, saya rase senario politik di Malaysia pada hari ni sgt similar dgn Transfomers yang mana selepas rakyat melihat keberkesanan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat, maka mereka telah sanggup bekerjasama dgn kerajaan PR ini utk menjatuhkan pentadbiran BN yg pincang.
Dalam Transformer juga ade menyindir kerajaan bahawa semua media utama telah dikawal ketat oleh kerajaan sampai byk maklumat benar tidak dapat disalurkan kepada rakyat dan rakyat hya blh menerima berita daripada internet.
Saya harap kalo betul2 ade transformers, harap lah mereka blh bekerjasama dengan kerajaan PR sama kita memperjuangkan keADILan, Kesaksamaan, dan Kebebasan.

No comments:
Post a Comment