Keputusan ini telah dicapai melalui persetujuan majoriti, cadangan sedemikian dibuat atas sebab:
1) Untuk memastikan pemuda-pemudi mempunyai lebih peluang di AMK dalam semua peringkat.
2) Untuk memastikan lebih ramai profesional dan pucuk pimpinan (umur 35-40) yang lebih ceria, muda dan agresif masuk ke peringkat cabang, negeri dan pusat.
3) Menuju ke arah ADUN dan Ahli Parlimen yang muda, pucuk pimpinan yang lebih mendekati rakyat.
Walaupun ada orang yang mungkin tidak sependapat dengan usul ini, tetapi setelah keputusan telah tercapai, saya berharap semua ahli-ahli KeADILan di semua peringkat boleh menerima usul ini dengan hati yang terbuka.
Insyallah, kita akan pergi lebih jauh bukan sahaja di AMK dan juga di semua cabang. selepas ini, kita akan menyaksikan semua Ketua Cabang yang berkemungkinan berumur 40 tahun ke bawah.
Kita membawa reformasi dan perubahan. Maka, ia akan mula berubah dalam diri kita terlebih dahulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment