Sunday, June 14, 2009

Kerjasama antara Pakatan Rakyat perlu dieratkan

Walaupun Muktamar PAS tahun 2009 baru habis, tetapi nampaknya rakyat masih mempunyai persoalan mengenai kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden Hadi Awang. Saya secara peribadi telah menerima berpuluh panggilan daripada rakan2 Tiong Hua saya mengenai isu ini dan pendirian PKR terhadap isu ini.

Saya sangat memahami perasaan mereka bahawa mereka telah mula menerima cara kepimpinan PAS semenjak Pakatan Rakyat bertapak di Kerajaan Perak sejak 308 yang lalu.

Secara peribadi, saya masih ingat pengalaman saya semasa bekerjasama dengan rakan2 PAS di SUK Perak semasa saya menjawat jawatan pegawai khas salah seorang EXCO

Kerajaan Negeri Perak. Keterampilan pucuk pimpinan PAS di Negeri Perak telah banyak mengubah persepsi saya terhadap mereka sebelum ini.

Padahal saya telah menjalin hubungan baik dengan mereka. Saya masih ingat, sehingga kini saya masih hutang satu minum sepetang bersama dengan bekas ketua pemuda PAS Abg Azri Musa….walaupun banyak kali janji nak minum the bersama tetapi ada jugak halnya nak buat.

Saya masih ingat persahabatan saya dengan YAB Nizar (Menteri Besar Perak yang sah)..dua hari sebelum pilihan raya umum ke-12, saya sempat lagi pergi ke DUN Pasir Panjang menyampaikan ceramah bersama dengan abg Nizar (gelaran seblm beliau jadi MB Perak). Kepimpinan Nizar telah membuka mata rakyat Negeri Perak terhadap kepimpinan PAS yang sebenarnya. Rupa-rupanya, sebelum ini BN banyak menggunakan media-2 untuk menipu rakyat bahawa PAS merupakan satu parti politik yang agresif kononnya.

Di mata rayat, BN dh le nak mampus, ape yg kte mahu ialah yang baru ganti yg lama. Kerajaan Pakatan Rakyat telah berjaya memupuk keyakinan rakyat jelata di negara ini. Seperti mana yg bos aku YB Lee Boon Chye ulas yg berbunyi pucuk pimpinan PAS perlu rasa yakin bahawa kita PR mempunyai jatuhkan BN di peringkat pusat pada PRU yang akan datang, kita usah disebabkan kepentingan peribadi seseorang hingga tergadai nasib semua orang. TAK BERBALOI LER…

YAB Nik Aziz pun ada cakap bahawa pada tahun 70an, BN pernah mengkhianati PAS, usahlah kata nak membentuk kerajaan perpaduan, malah kalo nak sembang dengan BN pun tak perlu...

Saya berharap pucuk pimpinan pakatan rakyat dapat mengadakan perbincangan mengenai usul ini dan terus mengutarakan satu jalan untuk menyelesaikan masalah ini.

No comments:

Post a Comment